Sunday 15 May 2011

SEKITAR LAWATAN SK KENERING KE SKTJ PADA 15/5/2011

Seramai 42 orang guru-guru SK Kenering telah membuat lawatan ke SKTJ. Rombongan tersebut telah sampai ke SKTJ pada jam 9.00pg. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan tarian oleh murid prasekolah dan bacaan sajak dalam Bahasa Cina oleh murid- murid SKTJ. Selepas diberi taklimat oleh Pn.Guru Besar, mereka telah dibawa melawat ke Bilik PSS , Bilik LINUS, Bilik Bimbingan & Kaunseling dan Bilik Prasekolah. Rombongan ini disediakan jamuan nasi minyak oleh pihak sekolah. Rombongan SK Kenering bertolak balik  lebih kurang jam 11.30pg.