Monday 18 April 2011

SKTJ MENGORAK LANGKAH

Tahniah kepada semua warga SKTJ khususnya kepada team JK UPSR 2011 kerana telah mulai mengorak langkah ke arah kecemerlangan. Pada hari ini 18 April 2011 , SKTJ telah memenangi tempat ke 2 dalam pengistiharan sekolah-sekolah yang mendapat 5A dalam OTI 2 peringkat daerah bertempat di SMKA Tok Jiring.

Pastinya kejayaan ini  tidak akan datang menggolek, pengorbanan warga SKTJ  telah mula menampakkan hasil. Ayuhlah wahai warga SKTJ , usah menoleh ke belakang lagi .......Marilah kita sama-sama mendayung ke arah kegemilangan UPSR 2011. Insyaallah. Terima kasih pada semua guru SKTJ dari pihak pentadbiran.